PEMAKLUMAN BERHUBUNG SOP GELEMBUNG PELANCONGAN (TRAVEL BUBBLE) PROJEK RINTIS PULAU LANGKAWI
Sumber – Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC)
- Menurut YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni & Budaya, bermula 16 September 2021, Langkawi boleh mula dikunjungi pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP dari seluruh negara, termasuk dari negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara. Walaubagaimanapun, kebenaran ini tidak terpakai kepada mereka yang berada di kawasan PKPD.
- Pelancong mempunyai pilihan untuk pergi ke Langkawi melalui jalan udara dan darat. Bagi pergerakan menggunakan jalan darat, pelancong perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan sekurang-kurangnya untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari destinasi permulaan ke jeti feri ke Langkawi.
- Manakala bagi pelancong yang memulakan perjalanan ke Langkawi dari negeri Kedah & Perlis, serta menggunakan jalan udara, mereka tidak diwajibkan untuk menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan.
- SOP yang perlu dipatuhi
- Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi
- Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama), bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui agensi pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC.
- Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti kenderaan.
- Pengunjung yang perlu menyesuaikan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi, dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis.
- Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan, semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP
- Tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang telah lengkap divaksinasi.
- Perlindungan insuran serta saringan Covid-19 tidak diwajibkan.
